Followers

Saturday, April 30, 2011

35.JEMPUTAN KE MAJLIS PERKAHWINAN SAYA

Hye! al maklum. saya nak berkahwin hujung bulan depan dengan Cik Liyana tersayang. So memang byk lg perkara yang nak diuruskan dengan kerja2 hakiki yang tertangguh lagi (seperti biasa)...huhu... plotting, marking, exam,assignment, besbol.....besbol? hahaha....terlibat jugak. Harap2 semua benda tu selesai sebelum tarikh perkahwinan ....Saje tulis2 pagi Sabtu ni just nak bgtau pasal saya nak kawen. Bukan nak kecoh tapi mmg ia patut la diwar2 kan kepada yang mengenali empunya diri . Kang tak bgtau ramai plak yang mengadu domba....hik2....gurau. So utk makluman saya akan dinikahkan (insyaallah) pada 28 Mei 2011 iaitu pada hari jadi saya yang ke-26! (senang aku nak igt tarikh nikah....hehe)....majlis kenduri belah perempuan di Taman Nuri Alor Setar akan dilangsungkan pada 29 Mei 2011 (sehari lepas nikah) & majlis sebelah lelaki adalah pada 12 Jun 2011 (tarikh kami couple pada 2007!!!) hehe... cukup 4 tahun then kawen =). So just nak jemput siape2 sahaja yang mengenali diri ini untuk datang memeriahkan majlis kami tak kiralah di alor setar atau di johor. mana2 pun boleh datang... Berikut saya sertakan kad jemputan sekali... =)


jemputan ke majlis sebelah perempuan (klik pd gambar untuk paparan lebih jelas)


jemputan ke majlis sebelah lelaki (klik pd gambar untuk paparan lebih jelas)


p/s : Nak pegi honeymoon jauh2 ...hahahahaha

Saturday, February 12, 2011

34.MASTER ENGINEERING ELECTRICAL UTHM

Lama dah rasanya tak 'hapdate' blog ni. =P . Untuk makluman kawan2 semua, saya dah otw sambung Master!! =P hehe...harapan yang sudah lama diimpikan & alhamdulillah akhirnya sekarang bergelar sebagai student kembali walaupun hanya secara part-time. Baru-baru ini kitorang semua pakat2 geng satu department untuk mendaftar master by course UTHM yang dianjurkan secara jarak jauh berpusat di Politeknik Arau. Saya, Zulhisham, Muhyiddin, Shaz, Khairul , Kak Bib, Kak Anis pakat sambung master ramai2. Seronok pulak rasa pasal ada kawan2 yang saing skali.

rujukan pelajar cemerlang...hahaha...

Mase mendaftar tu ramai2 pegi Johor pasal kene daftar kat Batu Pahat. Tapi lepas tu tiap2 minggu lah kene ulang alik dari rumah kat UniMAP ke poli arau untuk sambung blajar. Ramai jugak satu kelas kitorg jejak lah 36 orang campur dengan geng poli arau, polimas & sebahagian daripada industri... Masuk minggu ni dah 3 kali dah attend klas. Barulah kembali rasanya pressure blaja balik pasal bayangkan dalam masa dua hari (sabtu & ahad) kene abiskan 4 topic yang tiap satu topic 65 slide! hahaha....memang berasap kepala daripada pagi sampai petang. Tapi best jugak sebenarnya pasal blaja benda2 yang lebih advanced & updated. Zaman2 ni kenalah sentiasa update dgn technology.Bukan updated dengan henpon baru je. Kenalah update dengan sistem di dalamnya jugak.haha. Masuk minggu ni kepala aku dah berasap dengan FPGA, DSP, VHDL, filter, fourier series ... software kat laptop ni pon dah penuh dengan software OrCAD16, mathcad14, alterra Quartus II , matlab, scilab & banyak lagi yang akan dtg! haha.... aku kena blaja sepanjang 5sem (2 tahun stgh) & bayaran satu sem jejak RM3k... (mampus~~). Sebelum ni berhasrat sambung Master di UniMAP jugak tetapi oleh disebabkan rasa ingin mencari pengalaman belajar di Universiti lain jugak so baguslah jugak amik by course di UTHM ni. Lagipun nanti kalau grad dapat balik kampung!! hahaha...pasal UTHM dekat dah dengan umah! ;P

Altera DE2-70

p/s : jangan terkandas di tengah jalan sudehh.... nak daftar dengan BEM ni. Topup course pun dah nak dibuat. Nak amik jugak! =)

Monday, November 15, 2010

33.TRIP TO BANDUNG, INDONESIA

Salam sejahtera semua. Last two weeks, i went to Bandung, Indonesia with my fiance & friends. Hehe..kitorg pegi mase tu musim banjir di Perlis & Kedah (2 Nov- 5 Nov). Tapi akibat flight tak bleh turun pada 5 Nov akibat debu Gunung Merapi dah sampai di Bandung, kitorang balik Malaysia pada 6 Nov dari Jakarta.

Secara kesimpulannya lepas balik -----> Bandung bagi saya adalah totally tempat shopping bagi perempuan & kepada sape yang nak bukak bisnes kain @ kepada sape yang nak shopping kawen. Kain baju sana memang murah 2 atau 3 kali ganda. Kalo nak kate berjalan ke tempat menarik, mungkin Tangkuban Parahu lah tempat yang ada pun (Gunung berapi yang masih berasap). Selain Tangkuban Parahu, saya pun tak dapat nak pastikan tempat lain yang menarik selain tempat shopping =P.

di KLIA sebelum bertolak ke Bandung

Banyak cabaran yang dilalui semasa nak pergi & balik. Kitorang berlima (saya, Cik Yana , Nazeri, Shaz & Kak Nila) pada mulanya plan nak nek ketapi dari Perlis. Plan nya mcm nak relax2 boleh baring2 tido dalam ketapi. Kalo dari Perlis nak ke KL nek ketapi yang ada tempat tido tu bahagian bawah harganya RM53 & atas RM48. Tapi akibat air naik kitorang pon teleponlah stesen ketapi arau cemane? diorang suh kitorang nek kat alor star. Kitorang pun tanpa leceh terus ke alor star pasal takut tak sempat mintak tolong Zul & adik hantar, sampai2 orang stesen ketapi alor star kate train terkandas di Padang Besar pasal banjir. So depa bagi lah balik duit and kitorg amik lah bas etika ke KL . Seb bek selesa =) Sory lah kepada mangsa banjir di UniMAP masa tu kami dah amik cuti 3 atau 4 bulan awal. Tak sempat tangguh pun. Lagipun tak tau kata nak banjir. Sampai kat Bandung baru tau Perlis & Kedah banjir teruk.

Lepas smpi kat Bukit Jalil lebih kurang 6 pagi tu kitorang pun amik la tren pergi ke KL sentral. Mandi2 kat bawah KL sentral tu then amik ERL express ke KLIA. Kitorang pegi naik MAS pasal mase tempah 2 atau 3 bulan awal, tiket MAS agak murah. RM340 pergi balik seorang. MAS pun ok lah pasal boleh load luggage sampai 20kg sorang (nak bawak balik barang shopping nant...hehe).

So on 2Nov petang tu dalam kul 4pm selepas 2jam dalam flight gitu, kitorang sampai di airport Bandara Husein Sastranegara, Bandung. Masa kat Malaysia Shaz dah contact Pak Ade (tourist guide) untuk amik kitorang kat sane. So sepanjang 4 hari kat Bandung kitorang dibawa oleh Pak Ade. Kalo pi Bandung better amik charted van pasal di Bandung memang sesak gile. Kalo nak naik 'taksi' atau 'angkutan' (mcm van sapu) memang tak berjalan lah korang. Yelah, dah la sesak then bercampur skali dgn orang awam. So nanti abis masa dalam angkutan aje. So better amik charted van. So 4 hari die amik dalam RM400. So bahagi 5 orang kira ok lah kan? Ke mana aje Pak Ade sudi membawa kami. hehe..

kami bersama Pak Ade (tourist guide)

So kalau nak tukar duit kat sana pun di Bandung amik rate tinggi gak berbanding di KL Sentral Malaysia (masa saya pergi tu la). Tapi kalau nak tukar, tukar kat bank khas untuk money changer kat tengah Bandar Bandung tu. Jangan tukar kat money changer tepi2 jalan, nanti die amik lagi mahal. Masa kitorang aritu rate yang diorang amik ialah RM1 = IDR2870. Sebelum pegi beli belah, kena ada satu list convert IDR ke RM pasal nanti konpius oo bile nak shopping. Diorang ni niaga men ribu2 & juta2. pening kepala otak nak convert. haha.

Hari 1st tu kitorang pergi check-in kat Retanata Homestay kat pinggir pekan Bandung tu. Kitorg amik rumah kayu yang ada 2 bilik, ruang tamu & 2 bilik air. Wifi pun ada. Harganya untuk semalam ialah IDR900000 tapi dapat diskaun IDR720000 satu malam & kalo convert dalam RM250/semalam. Plus satu extra bed IDR60000/semalam (RM20) pasal dalam umah tu ade empat je tilam. Kitorang berlima. siap sarapan semua. Mahal jugak rupanya tapi devide kpd 5org. Ok la kot dalam RM170 seorang untuk 3 malam (RM270 x 3malam /5 org). Kalau nak yang murah boleh je carik kat Bandung tu. Tapi puas hati lah duduk rumah kayu tu, selesa bangat.hehe. Pastu kitorg pergi tukar duit & makan kat Restoran Raja Melayu. Makanan kat Bandung bagi aku lebih kurang je dengan makanan kat Malaysia. Cuma adalah sikit2 yang macam pelik. Saya order air nama air tu Laksamana Mengamuk. hahaha. Tapi di Bandung tak susah cari makanan halal pasal kitorg cakap je kat Pak Ade, so dia terus bawak kitorang ke tempat yang sesuai.hehe. harga makanan die lebih kurang macam kat Malaysia je. Silap2 lagi mahal. Purata restoran2 yang kitorang pergi kalau order makanan sorang kena bayor IDR35000 = RM 12.50 (secara purata nya).

Rumah Kayu at Retanata Homestay, Bandung

Hari kedua kitorang pergi Pasar Baru. Ini adalah tempat yang paling popular kat Bandung. Memang syurga kain lah. Saya & Nazeri pun tempah suit kat D'fashion kat dalam Pasar Baru. Siap hantar kat hotel lagi. Rata2 kain & baju yang dijual kat Pasar baru ni murah sekali ganda atau 2kali ganda dari harga di Malaysia. Contohnya kalau tempah suit di Malaysia, busuk2 RM600 mesti kena. Tapi kat sana boleh dapat dalam RM200 atau lebih skit. Yana & frens plak tak hingat beli kain sampai kitorang rasa RM1000 seorang (saya & yana) tu abis kat dalam Pasar Baru je. Bayangkan 4 hari di Bandung , hari kedua sampai hari last. Asik pergi singgah Pasar Baru aje . itu pon tak cukup lagi. Hari second tu memang fulltime di Pasar Baru. Kitorang beli banyak kain pasal nak bagi family pakai masa wedding nanti.insyaallah. =)

kain murah! kain murah! (di Pasar Baru)

Tips kalau nak murah kat sana kena tawar gila kentang punya dulu sehingga 50% less dahulu . Kalau boleh tiru cakap orang indo, better tiru skit2. Kalau diorang tahu orang luar memang diorg tekan harga walaupun sebenarnya dah murah berbanding dengan harga kat Malaysia. Kalau kat pasar baru tu nanti boleh jumpa orang yang asik mengekor aje ke mana kita pergi nak jual keychain atau bag. Nasihat saya jangan beli kat diorang pasal mahal. Better beli kat kedai pasal diorang yang mengekor ni pon beli bag yang nak dijual tu kat kedai bawah tu. Kalao kat pasar baru tu, kalo minat kain tu jangan terus beli, jalan2 dulu pasal kain die sangat banyak & harga berubah2 mengikut kedai. So hari second tu sampi kul 5pm kat Pasar Baru .Diorg tutup jam 5pm waktu Indonesia barat (lambat sejam dari waktu Malaysia). Pastu kitorg pun pergi la jalan2 kat Bandar Bandung tu pergi ke beberapa tempat yang dicadangkan seperti Kedai Toko 3 & Rumah Mode. Tapi saya tak beli ape pun kerana tidak menarik hati. Yang saya beli simcard telefon jenama Mentari untuk call orang kat Malaysia. hehe.Penting gak nak beli simcard ni pasal ari last tu kan flight delay. So boleh la contact family di Malaysia bagitau tentang hal tu.kalo nak call Pak Ade lepas shopping pon senang.hehe.

Hari ketiga tu pergi ke Tangkuban Parahu iaitu Gunung Berapi yang aktif tak aktif sangat la. Tapi berasap je saya tengok. Takut gak meletup macam kat Gunung Merapi. huhu..Strawberry kat sana sangat lah manis. Tapi aritu tertipu pasal depa jual mahal kitorang beli. Pak Ade cakap baik beli kat on da way nak balik tu. Dalam 5 ringgit je. Kitorang beli dalam 15 ringgit gak la. tertipu. huhu...Kat atas gunung tu sejuk. Kalau nak datang kena awal pagi pasal nant ada kabus tak nampak kawah. Kat situ kalo nak beli t-shirt pon ok pasal boleh tawar gile kentang. Saya beli lah t-shirt & keris hiasan RM15 . Penjual tu kata dulu Raja Jawa guna keris yang bentuk macam tu. entahlah, tapi macam menarik. seb baik lepas kastam.haha.

di Gunung Tangkuban Parahu

Balik dari Gunung Merapi tu terus ke Restoran Kg. Daun. Member2 kat Malaysia cakap better pergi malam sebab suasana malam lagi cantik. Tapi kitorang terpaksa pergi siang jugak pasal agak jauh la kalau nak patah balik malam tu. Restoran Kg. Daun tu memang terbaik. Cantik. Harga pon ok. Makanan pon ok. Cara nak panggil pelayan die pon kreatif. Hehe. Kalo nak panggil pelayan die, kite kena ketuk mcm satu alat beduk ni dinamakan 'kentongan'. Then nanti pelayan tu datang lah. Lepas makan tu kitorang pon balik bandar singgah Pasar Baru lagi . sebelum tu pergi tukar duit lagi kat money canger. terbaikk...nak shopping lah katakan. Lepas shopping2 tu balik singgah kat shopping market beli air & maggie. haha. bekalan untuk malam hari. Saya beli soket 2 pin untuk cahrge henpon. Plug kat Bandung guna soket dua pin tu. Kalau beli kat sana pun murah dah soket tu.

Nasi Goreng Kg. Daun

Hari keempat dah nak balik dah. Tapi pagi tu singgah lagi Pasar Baru untuk last shoot. haha. Sedihnya saya terpaksa betulkan suit yang ditempah tu pasal mcm tak padan. Seb bek sempat betulkan dan orang kedai tu hantar ke airport terus. Tapi masih lagi kurang cantik suit yang dibetulkan tu pasal tak ikut badan . Bila dah samapi airport & ucap selamat tinggal kat Pak Ade, kitorang pon tunggu lah flight. Sekali flight delay pasal debu Gunung Merapi dah sampai Bandung. Kitorang terpaksa ke Jakarta nek di airport Soekarno Hatta esok paginya kul 6am ke KLIA. Seb baik dapat balik pasal keesokan harinya dalam berita semua flight dibatalkan ke Jakarta & Bandung.Alhamdulillah =)

Mangsa Gunung Merapi, flight delay

So secara kesimpulannya, Bandung agak ok lah kepada sesape yang nak ber shopping.Saya rasa untuk saya sahaja termasuk flght, accomodation & shopping habis dalam RM2000 lebih. Kalau nak bercuti untuk rehat2kan fikiran pada saya Bandung bukanlah tempatnya. Orang-orang di Bandung pun sopan santun. Pak Ade kate sebab orang Bandung terdiri daripada orang2 Sunda. So memang agak sopan santun. Tapi satu bende yang dapat diperhatikan kat Bandung semua perkara nak tips (duit tips). Parking nak tips. Hantar barang nak tips. Hantar makanan pon bagi tips. Tak bagi tips nanti diorg bediri di tepi mcm menanti akan sesuatu yang tak pasti. haha. Dan pengawal keselamatan kat sana semua nya muda2 tak macam kat Malaysia kebanyakannya semua dah pencen.Mcm mana nak kejar pencurik.haha. Overall ia adalah pengalaman yang menyeronokkan lah. =)

P/S : Next month nak pergi Singapore lah pulok. Kerja. =)

Thursday, July 1, 2010

32.HARI PERTUNANGAN SAYA

skema habis

Salam. Hujan lebat di luar. Nak lari ke kereta pun malas so decide tulis entri blog setelah sekian lama tak tulis. Nak cakap yang saya sudah bertunang dengan Cik Liyana pada 12 Jun 2010 yang lepas. Alhamdulillah majlis pertunangan kami semua berjalan lancar tapi ade beberapa perkara yang mungkin saya tak berapa nak puas hati mase hari tu. Dalam blog tunang (wow!) pun dah banyak die tulis pasal perkara-perkara yang die rase tak selesa pada hari pertunangan kami. Dan yang pertamanya of course gambar yang jurugambar yang diupah. ..mmm...gambar tak cantik, sedikit, tidak lengkap & mahal . Bayangkan RM350 untuk hanya 150keping gambar (softcopy dlm cd sahaja tanpa cover) yang senget benget dan tiada seni. Dah la cameraman asik nak cepat katanya nak pergi expo pejadah tah. Tup tap tup tap...tak sempat amik gambar family die dah hilang dah. Tidak beretika langsung. Jadi pesan saya kepada rakan-rakan, jika anda nak upah orang so upahlah orang yang betul2 nak buat keje supaya tak jadi mcm kes saya ni (T_T). Mula-mula ingat nak upah kawan, sekali die pas-pas pulak kat photographer lain dan maklumkan last minute. Then ingatkan ok, rupenya photographer kualiti murahan & mahal pulak tu. Sakit hati tapi ape nak buat bende dah jadi. Edit ajelah gambar tu. Terus hantar kat photobook buat sendiri buku gambar. Malas dah nak suh member tu cuci. Nasib baik gambar tunang ade jugak orang lain (kawan yana) amik, tapi gambar saya sendiri boleh dibilang dengan jari kaki.

Apepun terima kasih jugak lah. Better ade daripada takde betul x? and i am happy for that day sebab semua berjalan lancar. Cincin dapat sarung, family masing-masing pun dapat bincang so not that bad la. Cume aritu saya baru baik demam, selsema...so tak brapa nak sihat sgt. Tengok cameraman aritu pon tu pun kecik besar...kecik besar je. Harap-harap masa 'hari langsung' nanti sihat walafiat hendaknya and semua ok.

Sebenarnya takde ape sangat pun nak tulis, cume sekadar meluahkan sedikit ketidakpuasan hati. Yang penting sekarangnya sudah menjadi tunangan orang. Tanggungjawab semakin besar dan perancangan yang rapi sangat-sangat diperlukan. Thanx kepada rakan-rakan yang datang memberikan sokongan pada hari pertunangan saya temph hari. I really appreciate it. Thanx juga kepada family & saudara mara yang datang dari jauh untuk menyampaikan hajat saya ni..hehe...=) Thanx juga kepada keluarga tunang yang menerima pinangan saya. Alhamdulillah, syukur kepada Allah.

P/S : Kepada photographer upahan di luar sana, buatlah keje anda betul-betul supaya orang tak maki dalam hati atau secara terang-terangan . Jangan sekadar melepas batuk di tangga. Orang bayar tau...


Saturday, February 20, 2010

31.PERSEDIAAN WORLD CUP 2010


dengan ini aku isytiharkan 'Jessica' utk persediaan World Cup 2010...
(tapi jessica ni gemuk sket...40inci)


Haha...aritu member aku Big Show,seorang engineer kat kilang SONY (produk UniMAP...haha) datang sini pastu die cakap kilang die ade buat sales untuk staf depa. So dengan tidak melengah-lengahkan masa aku pun dengan lincah order terus kat die...so hasilnya dapatlah 40" Bravia engine3 dengan harga RM2650. Kalo di pasaran harga sekarang adalah RM3299 (jarak harga RM649). Zul pon amik TV gak.Pastu die blasah lagi Home Teater dgn Astro HD. Hebat2. Tapi tv SONY tak bape clear sangat gambar die melainkan guna Astro HD. Kalo guna Astro biasa better amik samsung. Gambar lebih jelas tapi duitnya pun jelaskan lah...haha..

P/s : Haha...thanx Big Show kerana inform kilang SONY ada sales... OGAWA sebelah tu bukan aku punya...itu TD yang punya...haha..